Sunday 3 May 2015

Gadis patah jari tersepit dalam pengadun kek

Gadis patah jari tersepit dalam pengadun kek


MIRI - Niat baik seorang pelajar perempuan tahun enam membantu ibunya membuat kuih sempena cuti umum Hari Pekerja hampir menjadi tragedi apabila jarinya termasuk dalam pengadun kek di kediamannya di Jalan Mawar, Piasau Jaya Fasa 2 pada pagi ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh King berkata, bomba mengambil masa 30 saat untuk mengeluarkan salah satu jari Nur Nasha Nabilla Yusuf, 12, yang tersepit dalam pengadun kek dengan menggunakan pemotong bolt.

"Mangsa nak membantu ibu membuat kuih tiba-tiba tertekan suis dan jari termasuk dalam pengadun kek," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata jari mangsa telah patah dan kini sedang mendapat rawatan susulan di Hospital Miri.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan pada pukul 10.58 pagi dan sampai ke tempat kejadian pada pukul 11.23 pagi untuk memberi bantuan kepada murid itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment