Sunday 3 May 2015

Budak kritikal lepas tertembak muka sendiri

Budak kritikal lepas tertembak muka sendiri

PEORIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas tertembak wajahnya sendiri dengan pistol yang ditemui, lapor portal Azcentral.

Menurut laporan tersebut lagi, kejadian berlaku apabila kanak-kanak malang berusia dua tahun itu menemui sepucuk pistol yang berada di bawah selimut di atas katilnya.

Sebelum itu, kanak-kanak itu bersama abangnya yang berusia tujuh tahun bermain di atas katil dalam sebuah bilik  ketika bapanya dilaporkan tiada di rumah.

Berdasarkan rakaman audio yang diterima oleh pihak berkuasa, ibu saudara mangsa yang sedang mencuci pinggan di dapur bergegas menjenguk kanak-kanak terbabit selepas mendengar bunyi tembakan.

Dia kemudiannya menghubungi polis sebelum memberitahu kanak-kanak malang itu mengalami kesukaran untuk bernafas akibat dari tembakan tersebut.

“Ibu saya (nenek mangsa) memangkunya dan dia kelihatan sukar bernafas,” katanya.

Kanak-kanak tersebut dikejarkan ke hospital sebelum doktor yang merawatnya melaporkan dia berada dalam keadaan stabil.

No comments:

Post a Comment