Saturday, 23 May 2015

Luahan Hati Suami Termakan Nasi Kangkang Isteri

Luahan Hati Suami Termakan Nasi Kangkang Isteri

Luahan Hati Suami Termakan Nasi Kangkang Isteri | “Saya tak tahulah sama ada cerita nasi kangkang itu betul atau tidak, tetapi melalui pembacaan dan rujukan, saya terasa nasib diri saya sebagai suami ada kaitan dengan nasi kangkang.”
Itu permulaan cerita Saifuddin Bahari dari Pandamaran, Kelang yang kesal tidak mampu berbuat apa-apa selain mengikut sahaja apa kata isteri sejak berkahwin empat tahun lalu.
“Usia perkahwinan kami masih muda dan kami pun masih belum dikurniakan zuriat. Tetapi selama berkahwin, saya jadi seperti pak turut yang disuruh duduk saya duduk, disuruh berdiri, saya berdiri.
“Saya langsung tak berani bersuara dan hanya mendiamkan diri melihat perangai isteri saya memang tidak seperti isteri-isteri rakan-rakan yang begitu menghormati suami,” cerita lelaki berusia 32 tahun ini.
Bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, Saifuddin berkata, rumahtangganya dibina atas dasar cinta yang terjalin selama dua tahun.
“Ketika berkawan, isteri saya merupakan seorang gadis yang penuh sopan santun dan kalau bercakap suaranya amat perlahan.
“Memang itulah yang menjadi tarikan saya untuk menjadikan Laila suri hidup dan dia tidak menolak apabila saya menyuarakan isi hati.
“Segalanya berjalan lancar sehinggalah tiba hari pernikahan yang disambut penuh meriah dengan dihadiri saudara mara dan sahabat handai,” katanya.
Jelas Saifuddin, dia merasakan dirinya amat bertuah kerana berjaya memiliki Laila yang disifatkan cukup sempurna sebagai isteri.
“Kami berbulan madu di Cheng Mai, Thailand selama satu minggu dan hidup saya ketika itu amat bahagia apa lagi isteri tersayang ada bersama.
“Saya sering berangan agar hubungan kami ini akan kekal selamanya begitu dan tidak putus berdoa agar cepat dikurniakan zuriat untuk menyerikan lagi kebahagiaan kami.
“Malangnya, hubungan yang diharapkan itu cuma dirasai selama satu bulan sahaja selepas kami menjadi suami isteri,” jelasnya.
Menurut Saifuddin, dia tiba-tiba merasakan dirinya terlalu kecil dan semakin hari semakin takut untuk bertentang mata dengan isterinya sehinggalah ke hari ini.
“Saya tidak diperlakukan seperti seorang suami, sebaliknya saya sering dijadikan seperti budak suruhan untuk buat itu dan ini.
“Hairannya, saya tidak pernah membantah dan tidak boleh bersuara pun untuk mengatakan tidak pada setiap arahannya.
“Hubungan kelamin sempat berlaku selama setahun sahaja dan selepas itu, saya tidak berupaya untuk bersamanya seperti orang hilang selera makan,” ujarnya lagi sambil meneguk minuman yang dipesan.
Saifuddin berkata, keluarganya tidak pernah tahu masalah yang dialaminya kerana Laila cukup pandai berlakon bila mereka pulang ke kampung.
“Arwah ibu saya pernah bertanya kenapa saya seperti orang sakit dan tidak setegas dulu tetapi saya bagi alasan umur yang semakin meningkat menyebabkan perangai asal turut berubah.
“Laila cukup baik dengan keluarga saya dan memang tidak akan nampak ada masalah dalam hubungan kami selama ini.
“Lagi pun dia tak pernah meninggikan suara pada saya dalam keadaan apa sekali pun menyebabkan saya tidak mahu berpisah dengannya,” ceritanya lagi.
Soal makan minum kata Saifuddin, sejak mereka tidak berhubung kelamin, Laila tidak lagi menyediakan makan minumnya.
“Sesekali kalau dia masak, pandai-pandailah saya ambil dan makan sendiri. Untuk makan bersama memang sangat jarang berlaku.
“Sebenarnya saya tidak patut bercerita hal rumahtangga pada orang lain tetapi saya sangat tertekan memikirkan apa kesudahan nasib saya. Adakah saya dayus dan tidak layak bergelar suami?
“Adakah benar saya termakan ‘nasi kangkang’ hasil perbuatan isteri sendiri menyebabkan saya sukar untuk melepaskannya?,” soal Saifuddin.
Bukan untuk menuduh isteri sendiri tetapi apa yang dibaca selama ini semakin mencelarukan fikirannya.
Nasi kangkang bukan dongeng
KEMAMAN – Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk Shamsuri Safie mendedahkan masih terdapat wanita Islam yang menggunakan nasi kangkang bukan sahaja untuk menundukkan suami, bahkan ada yang bertujuan memporak-perandakan kebahagiaan jiran tetangga seperti kes yang terjadi di Dungun.
Shamsuri berkata, kisah nasi kangkang bukan cerita dongeng, sebaliknya sihir itu masih lagi menjadi amalan segelintir kecil wanita untuk mencapai matlamat s0ngsang mereka. – SUMBER

Sunday, 10 May 2015

Dapat Sijil Jika Masih Dara

Perempuan dara umumnya dikenali sebagai seorang gadis yang belum pernah melakukan sebarang aktiviti seksual.

Dara atau tidak memang sesuatu yang dipandang suci di Afrika. Satu sesi pemeriksaan dan ujian diadakan sebelum perempuan-perempuan tersebut mendapat sijil dara. 

Semasa ujian dijalankan gadis-gadis ini akan baring di atas tikar dan seorang wanita yang lebih tua antara masyarakat mereka untuk memeriksa vagina mereka dan mengumumkan sama ada dia masih dara atau tidak.


Tujuan sebenar ujian/pemeriksaan ini dilakukan adalah untuk membezakan yang mana di anatara mereka layak untuk berkahwin, dan yang paling penting adalah bagi mengelakkan menularnya wabak HIV/AIDS. - Malaysiantabloid.com

Kisah Mayat Berjalan Di Indonesia

INDONESIA yang dihuni pelbagai etnik sememangnya terkenal dengan upacara berunsur mistik. Antara adat unik tersebut ialah ritual ‘mayat berjalan’ yang dipanggil ma’nene yang masih diamalkan oleh etnik Baruppu yang mendiami Tana Toraja di Sulawesi Selatan.

SIAP dengan persalinan baharu, mayat akan 
menerima tunduk hormat daripada ahli keluarganya.

Etnik pribumi yang mendiami kawasan Pergunungan Sesean ini menganggap semangat ahli keluarga yang telah mati akan kekal bersama ahli keluarga yang masih hidup. Lantaran itu, mereka sangat menghormati mayat.

Menurut ketua masyarakat Baruppu, Pongtiku, ma’nene merupakan ritual khas untuk memuliakan mayat dan mengenang jasa si mati. Ia diadakan setiap tiga tahun sekali.

“Waris si mati akan menurunkan keranda ahli keluarga mereka dan menjalankan beberapa ritual khusus tanda memuliakan mayat.

“Mayat kemudiannya dibersihkan, dibawa berjalan pulang ke rumah dan dipakaikan pakaian baharu,” katanya.

Upacara ma’nene dipercayai mula diamalkan ratusan tahun dahulu oleh seorang pemburu binatang bernama Pong Rumasek.

“Satu hari, ketika Pong berburu di hutan tebal, dia terjumpa dengan rangka mayat. Oleh kerana simpati dengan keadaan mayat yang tidak terurus, dia membungkus mayat tersebut dengan baju yang dipakainya.

“Selepas itu, mayat itu diletakkan di tempat yang lebih sesuai.

“Sejak itu, rezeki Pong melimpah-ruah. Setiap kali keluar berburu, dia tidak pernah pulang dengan tangan kosong, malah hasil tanamannya semakin menjadi.

“Pong juga dikatakan sering ditunjukkan di mana tempat persembunyian haiwan buruan oleh mayat yang pernah dibantunya itu.

“Sejak itu, Pong beranggapan, mayat yang sudah tinggal tulang-belulang juga perlu dimuliakan dan itu adalah amanatnya yang menjadi pegangan kaum Baruppu hingga ke hari ini,” jelas Pongtiku.

Bagi waris yang mahu melakukan upacara ma’nene, persiapan dilakukan sejak awal pagi lagi.

MAYAT yang telah diberi persalinan baharu akan disimpan semula di liang batu.

Seperti Tumonglo, seluruh ahli keluarganya akan berkumpul di rumah sehari sebelum ma’nene untuk membuat persiapan.

“Sebelum mayat dibawa pulang ke rumah, kami perlu menyembelih kerbau dan babi terlebih dulu.

“Upacara ini diraikan bukan sahaja sesama keluarga tetapi dengan seluruh penduduk kampung,” ujarnya.

Jelas Tumonglo lagi, walaupun ada dalam kalangan ahli keluarganya sudah memeluk agama Kristian, mereka masih kuat berpegang kepada adat Baruppu.

“Mereka tetap hadir untuk menghormati upacara ini. Walaupun tidak terlibat secara langsung, sekurang-kurangnya mereka masih datang untuk meraikan ahli keluarga yang telah meninggal dunia,” katanya. 

Selesai menyembelih kerbau dan babi pada awal pagi, sebahagian besar ahli keluarga akan pergi ke kawasan perkuburan di tebing gunung batu Tunuan bagi menunggu keranda milik datuk Tumonglo yang meninggal dunia tahun lalu dibawa turun.

“Kerja menurunkan keranda dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkannya daripada terjatuh. Sebarang kecuaian boleh merosakkan keadaan mayat di dalamnya, ” ujar lelaki ini.

Sementara itu, di bawah tebing kubur, waris-waris lelaki akan berganding tangan membentuk bulatan sambil meratib ma’bong bagi mengiringi keranda yang diturunkan.

“Ma’bong adalah satu lagu yang melambangkan ratapan sedih ahli keluarga yang ditinggalkan si mati.

“Bait-bait liriknya juga memberi semangat kepada waris yang masih hidup untuk lebih bersemangat selepas ketiadaan si mati,” katanya.

Sebaik sahaja keranda kusam berbungkus kain merah itu mencecah papan pelantar, jasad mayat datuk Tumonglo dikeluarkan.

“Sebaik sahaja dikeluarkan, mayat akan diletakkan dalam posisi berdiri sebelum dibawa berjalan pulang ke rumah.

“Sesampainya di rumah, rangka akan dibersihkan menggunakan berus halus.

“Dalam upacara ma’nene, waris mesti memastikan mayat tidak mencecah tanah dalam apa keadaan sekali pun. Itu pantang larangnya.

“Apabila mayat sudah bersih, pakaiannya digantikan dengan persalinan baharu. Tahun ini, saya memilih kemeja batik serta sepasang sut berwarna hitam untuk datuk.

“Selepas semuanya selesai, mayat akan terus dibiarkan berdiri. Jika si mati itu adalah orang tua, anak-anak akan pergi kepadanya dan memberi tunduk hormat.

“Jika si mati masih mempunyai ibu bapa, mayat akan dibawa berjalan untuk menghadap orang tuanya bagi mendapatkan sembah restu dan memohon doa,” katanya lagi.

Google Selamatkan Wanita Dari Sindeket Pelacuran

Bangkok: Seorang wanita Thailand menggunakan pengetahuan dan kebolehannya dalam teknologi komunikasi untuk menyelamat diri dan sembilan wanita rakan senegaranya daripada dipaksa melacur di Bahrain.

Gambar hiasan

Wadi (bukan nama sebenar) menghantar mesej pesanan ringkas (SMS), menggunakan Google untuk menghubungi polis dan wartawan Thailand dan menggunakan program tiga dimensi Google Earth untuk mengelak daripada diperangkap ke lembah pelacuran.

Ini selepas dia menyedari ditipu oleh rakannya yang menghantar tiket elektronik kapal terbang ke Bahrain, dengan menjanjikan beliau memperoleh 50,000 baht (RM5,000) dengan hanya memberi khidmat mengurut selama 10 hari.

Walaupun tidak ada pengalaman mengurut, Wadi bersetuju dengan tawaran berkenaan kerana menyangka itu peluangnya untuk ke luar negara selain mampu mengubah kehidupan keluarganya kerana ibunya hanya menjual barangan runcit secara kecil-kecilan di rumah.

Rakannya juga turut menghantar emel yang juga adalah sepucuk surat daripada penjamin, seorang lelaki Bahrain yang menganggap Wadi sebagai teman wanitanya untuk membolehkan dia masuk ke Bahrain.

Wadi menghantar surat kepada Kementerian Buruh di Lapangan Terbang Subarnabhumi pada 7 Ogos dan laluannya ke Bahrain amat mudah. Seorang lelaki menunggunya di lapangan terbang di Manama. Dia mengikut lelaki terbabit ke bangunan enam tingkat seperti sebuah hotel.

Di sana dia bertemu dengan seorang wanita Thailand dikenali sebagai Jeh Nung yang membawanya ke hotel berkenaan dengan mengatakan rakannya menanti kedatangan mereka di tingkat atas. 

Bagaimanapun, dia mengesyaki sesuatu tidak kena apabila melihat sembilan lagi wanita Thailand lain bersesak di dalam sebuah bilik kecil bersama barangan mereka bersepah di bilik berkenaan.

Wadi bertanya mengenai rakannya kepada Jeh Nung tetapi sebaliknya diminta memberi khidmat seks kepada pelanggan atau membayar 100,000 (RM10,000) untuk bayaran tiket kapal terbang, makanan dan tempat tinggal. - Agensi

Kekasih Hampir Mati Dalam Kotak!

Demi cinta, seorang lelaki China dikenali sebagai Hu Seng hampir mati ketika ingin memberi kejutan sempena hari ulang tahun kekasihya. Hu Seng telah bertindak kurang bijak dengan masuk ke dalam kotak untuk ‘dikirim’ kepada teman wanitanya, Li Wang.


Idea kurang bijak Hu Seng memakan dirinya sendiri apabila kotak tersebut tertutup rapat dan menyebabkan dia mengalami kesukaran bernafas. Tambah menyulitkan keadaan, kotak tersebut lewat dihantar ke pejabat Li Wang selama 3 jam.

Hu Seng ditemui dalam keadaan pengsan oleh teman wanitanya sebaik sahaja Li Wang membuka kotak tersebut. Sepasukan paramedik berkejar ke pejabat Li Wang dan Hu Seng diberi rawatan kecemasan dengan segera.


Setelah sedar, Hu Seng mengaku bahawa dia cuba membuat lubang pada kotak tersebut namun gagal kerana kotak tu terlalu tebal. Dia tidak mahu menjerit meminta tolong kerana bimbang kejutannya gagal. - xlupa.com

Lelaki Dirogol Selepas Gagal Merompak!

Si perompak, Viktor Jasinski (32) mengaku kepada pihak polis yang dia pergi ke salon di Meshchovsk, Rusia, dengan niat merompak. Tapi keadaan menjadi terbalik kepada Viktor ketika pemilik salon Olga Zajac (28) (pemegang tali pinggang hitam karate) telah mengalahkan Viktor.


Hebatnya, Olga mampu mengalahkan Viktor hanya dengan satu tendangan! Olga kemudian menyeret Viktor yang sedang lemah ke ruang belakang salon lalu mengikatnya dengan kabel pengering rambut.

Olga, seperti diterangkan kepada polis, kemudian menelanjangkan Viktor. Selama tiga hari berikutnya, Viktor menjadi bahan ekperimen seks Olga untuk mengaplikasikan beberapa gaya ‘bermain’. Supaya Viktor tetap fit, Olga juga memberi Viktor ubat kuat Viagra selama eksperimen seks tersebut berlaku - Malaysiasensasi.net

Pelik! Ular Berkaki Empat

Kalau sebelum ini, seekor ular pelik berkaki dua telah ditemui di negara China, kini seekor ular yang lebih kurang sama iaitu seekor ular hitam yang bersaiz kecil telah dijumpai mempunyai 4 kaki di sebuah tempat di Malaysia.

Ular pelik yang mempunyai panjang 10cm itu telah ditangkap hidup-hidup dan kini berada dalam sebuah makmal di sebuah universiti tempat untuk kajian lebih lanjut. Di bawah merupakan gambar ular pelik berkaki empat yang telah ditangkap tersebut.


- Beritasabahkini.blogspot.com